-->

Berita Viral Malaysia

Berita Viral Terupdate Di Malaysia

Dikutuk Sebakul Sebab Dapat ‘Datuk Seri’, Ini Reaksi Balas Eizlan Yusof

Pelakon Eizlan Yusof telah meneria anugerah yang membawa gelaran ‘Datuk Seri’. Sememangnya itu satu gelaran yang amat tinggi kepada seseorang.

Kini digelar Datuk Seri Eizlan Yusof, pelakon ini menganggap kurniaan dan pangkat tersebut sebagai tanggungjawab dan amanah yang harus dijaga.


Namun ada juga mulut dan komen netizen yang tidak berpuas hati, pelik dan juga memeprtikaikan kenapa Eizlan Yusof boleh dapat anugerah tersebut.

Datuk Seri Eizlan Yusof memilih untuk tidak ambil pusing sebarang komen negatif terhadapnya mengenai pengurniaan Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang diterimanya pada pagi Selasa.

Eizlan Yusof yang kini berumur 46 tahun berkata, dia tidak mahu terlalu memikirkan kritikan atau sindiran masyarakat kerana tidak mahu menjadi lemah kerana hal sedemikian.



Sementara itu, Eizlan berkata, dia memaafkan individu yang sering mengkritik pencapaiannya.

Pelakon filem Kad CInta dan Lurah Dendam ini berharap tiada lagi mana-mana individu yang mempertikaian mengenai penganugerahan tersebut.
Ini komen Datuk Seri Eizlan Yusof:

“Apa yang kita lakukan, pasti akan ada yang tidak berpuas hati dan tidak suka.

“Saya tak nak jatuh sebab kritikan dan kutukan orang. Kalau orang dah tak suka, nak buat macam mana kan?,”

“Saya maafkan mereka yang sering mengkritik dan berfikiran negatif tentang diri saya.

“Cuma, saya harap selepas ini tiada lagi yang mempertikaikan institusi diraja. Ia adalah lambang kedaulatan negara dan perpaduan masyarakat Malaysia.

“Gelaran ini adalah tanggungjawab kepada kami dan merupakan satu amanah yang diberi oleh institusi tersebut,”

Selain Eizlan Yusof, penyanyi hebat Siti Nurhaliza, dan pelakon veteran Maria Menado turut menerima kurniaan sama yang membawa gelaran Datuk Seri.

Sementara itu, pelakon Adi Putra dan pereka fesyen Jovian Mandagie pula dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.

Kurniaan itu disempurnakan oleh Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah sempena memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di Balairong Seri Istana Abu Bakar di Pekan, Pahang.

Untuk pengetahuan semua, Eizlan Yusof sebelum ini menerima DIMP iaitu pada tahun 2011.

Imbas kembali sedikit kontroversi yang melanda tittle ‘datuk’ nya, pada Festival Filem Malaysia ke 29 (FFM29) lalu, Eizlan Yusof berasa kecil hati selepas pengacara rancangan berkenaan Zizan Razak.

Ini kerana Zizan bergurau dengan memperkatakan gelaran Datuk diterima Eizlan dan Hans Isaac mungkin dibeli.

Zizan Razak kemudiannya memohon maaf atas kesilapan itu dan Eizlan Yusof memaafkannya.

Sumber : supermario16
Back To Top