Sy bukanlah ustazah nk cakap psl agama,tapi sy nk ajak saudara
saudari semua berfikir akn kisah benar yg berlaku pada seorang balu yg
kematian suami.
Suami meninggal, keluarga minta harta dibahagikan
1. Semasa hidup simati org susah,adikberadik tak pernah
menjenguk,apatah lagi nk hulur belanja utk anak buah walaupon semuanya
kerja best2.
2. Rezeki anak2 simati dpt beli sebidang tanah dan dpt buat sebuah
rumah teres diats tanah tersebut.tak lama kemudian,si mati membeli lagi
sebidang tanah utk tujuan berkebun tp tak kesampaian(meninggal dulu)
3. Simpanan simati ada dlm 10k dlm bank.ada sebuah rumah.dan sebidang tanah.
4. Simati selalu bagitau isterinya kalu dia tiada,isteri dan anak2
tak lah susah mana,ada tempat bergantung, ade sedikit duit dan ade
tempat berlindung (rumah). Betapa besarnya harapan simati utk si isteri
dan anak2.
5. Ditakdirkan si mati meninggal dunia akibat sesak nafas(masalah jantung)..simati meninggalkan balu dan 2 org anak perempuan.
6. Sejurus selepas simati dikebumikan,adik beradik simati termasuk
ibu simati telah mengajak si isteri berbincang pasal harta simati
kononnya simati akn terseksa dlm kubur kalu tak diselesaikan secepat
mungkin.
7. Simati tiada anak lelaki,so harta2 simati akan dpt juga pd adik beradiknya.
7. Tak sampai seminggu si mati meninggal,datanglah adik beradik
bertandang kerumah,siap buat lakaran dlm kertas ikut hukum
faraid,bahagian utk isteri,anak2,ibu simati dan adik beradik simati.
Hukum faraid, isteri dapat paling sikit
8. Hukum faraid-bahagian isteri dpt paling sedikit(org terengganu ckp
dpt bahagian kepala mayat).lansung tak pedulikan perasan sibalu yg
masih bersedih,dihamburkan pula nas2 dalil2 bab pembahagian faraid.
9. Paling memilukan,dinilaikan sekali rumah yg diduduki oleh sibalu
dgn anak2 ikut nilai pasaran.kemudian mereka2 itu bagi dua pilihan pada
si balu, bayar harga rumah tersebut kepada waris2 yg berhak sekiranya
mahu tetap tinggal disitu,atau keluar dr rumah tersebut kerana rumah itu
akan dijual,dan duit jualan tersebut akan dibahagikan ikut hukum.
10.celah mana mahu cari 150k?nak tak nak terpksa keluar dr rumah
tersebut.rumah dijual,dapatlah bahagian sibalu dan anak2,dgn jumlah yg
sibalu dapat dan anak2 simati dapat,mustahil dpt cari rumah baru.
11. Bermula lah episod merempat si anak2 yatim.berpindah
randah,menyewa situ sini,jgnkan sibalu,si anak pon bekerja lepas balik
sekolah nak sara diri sendiri.duit simpanan /tanah sebidang/rumah dijual
siwaris.harapan simati utk tidak menyusahkan anak dan isteri selepas
ketiadaanya berkecai sama sekali.
12. Waris2,semua lesap lepas dpt bahagian masing2.nak tanya khabar jauh sekali.nak hulur duit jauh sekali.
13. Lagi malang waris2 semuanya bekerja bagus2.ada cikgu,ada pegawai
kerajaan,ada golongan prefesional,malah kaki masjid pon ada.tp syg,bab
tangggungjawab pada anak simati langsung tak dihiraukan.
Wajib wali tanggung nafkah anak si mati
14. Walaupon berhak pada harta simati,tapi kene tengok pula
tanggungjawab yg harus dipikul.jgn ambil agama itu separuh separuh utk
kepentingan sendiri.ya,tak berdosa ambil harta yg sememangnya hak kita
dlm hukum,tapi berdosa gagal menjalankan tanggungjawab nafkah pd anak2
simati-tempat tinggal /pakaian/makan minum)
15 .kalu kita termasuk dlm golongan sebegitu sebelum
ni,berubahlah,dan moga dijauhkan keturunan kita adik2 kite suami kita
ank2 kita dr bersifat kejam begini.
16.ambil pengajaran saudara saudari.sekali lagi saya ingatkan apa yg
agama ajar,bila simati meninggalkan anak2 yg belum baligh,wajib bg
walinya(mengikut turutan wali sebelah simati) menyediakan nafkah utk
anak simati.kalu tidak diambil peduli,menanggunglah diakhirat kelak.
17. Hukum faraid itu sgt adil dan indah.diberi lebih kepada lelaki
sbb lelaki adalah ketua keluarga yg kene menanggung org2
dibawahnya,kenapa apabila tiada anak lelaki,harta akn diberi juga kepada
adik beradik simati?jelas Allah memberitahu bahawa adalah tanggungjwb
si wali2 utk menanggung nafkah si anak yatim (lebih2 si yatim adalah
perempuan) ,dan semoga dgn pembahagian faraid dpt meringankan beban
/membantu si wali2 utk menjaga dan memberi nafkah kepada si anak yatim.
18.ingt ye dpt pembahagian harta simati bkn terus beli rumah
baru,shopping atau melancong dulu,tapi tunaikan dulu tanggungjawab si
anak yatim..
Ya Allah Sedihnya,… Kesimpulannya setelah kematian
suami tanggungjawab mencari nafkah buat anak-anak jatuh kepada
walinya…iaitu datuk atau pakciknya, bukan tanggungjawab si ibu.
(Perkongsian dari ustazah Nik Salida Suhaila – al Maraaya, tv alhijrah).
Padanlah dari segi pemberian faraid bahagian isteri paling sedikit
berbanding yang bakal diterima oleh waris yang lain. Saya tahu pun
setelah kematian ayah 7 tahun yang lepas. Pada ketika itu saya
tertanya-tanya, kenapa bahagian isteri paling sedikit sedangkan
isterilah yang bakal menanggung keperluan anak-anak kelak. Bahkan rumah
dan kereta peninggalan suami boleh dituntut wali jika tidak tersenarai
sebagai harta pusaka yang dikhususkan untuk si isteri.
Ramai dari kita tidak tahu kerana belum pernah dengar lagi ada wali
yang mencari nafkah buat anak yatim yang masih mempunyai ibu. Inilah
amanah Allah yang dilupakan. Demikianlah besarnya tanggungjawab seorang
lelaki…bertanggungjawab anda bukan hanya kepada anak isteri sahaja
tetapi turut kepada pewalinya..
Apabila agama itu diambil separuh separuh,yg memihak padanya diambil yang memberi rugi padanya ditinggal.
Sumber : Rahimah Rosli


